Friday, November 7, 2008

Anda Tergolong Dalam Kumpulan Mana???

Adakah jenis darah yang mengalir dalam tubuh kamu mampu menggambarkan
personaliti sebenar diri kamu sendiri? Menurut salah sebuah institut di
Jepun, kajian yang dilakukan ke atas jenis-jenis darah yang mengalir di
dalam tubuh manusia ternyata mampu memberi gambaran terdekat mengenai
keperibadian individu itu sendiri. Ingin berkongsi rahsia mengenainya

DARAH O
Individu yang memiliki jenis darah dari kategori ini disifatkan sebagai
individu yang setia, sabar dan sentiasa yakin terhadap keupayaan dan
kebolehan diri sendiri.
Selain itu individu dari kategori ini juga sering bersifat ingin menjadi
ketua walau dalam apa jua perkara yang ingin dilakukan khususnya yang
melibatkan kerja-kerja berkumpulan.
Sekiranya menginginkan sesuatu, kamu akan berusaha untuk mencapai matlamat
tersebut walau dalam apa cara sekalipun. Ada kalanya kamu dikatakan memiliki
sifat cemburu yang agak kuat. Selain itu kamu juga terlalu serius dalam
persaingan sehinggakan ia mampu memberikan tekanan kepada diri kamu sendiri.
Oleh yang demikian kamu harus lebih bijak mengawal emosi diri mu agar tidak
dikuasai dengan tekanan.

DARAH A
Keharmonian dan keamanan adalah matlamat utama dalam hidup kamu. Kamu gemar
melakukan kerja-kerja secara berkumpulan dan kamu juga gemar melibatkan diri
dengan berpersatuan. Kamu bijak bergaul dengan individu di sekeliling mu dan
ternyata mereka juga sentiasa berasa senang untuk bekerjasama dengan mu.
Sikap sensitif, sabar, dan bertimbang rasa yang ada dalam diri kamu itu
melambangkan bahawa kamu tergolong dalam kategori individu yang memiliki
keperibadian penyayang. Walau bagaimanapun ada kalanya kamu agak degil dan
terlalu kuat bekerja sehinggakan tidak mengendahkan langsung waktu untuk
berehat. Kamu harus ingat, kesihatan juga perlu diutamakan. Jangan kerana
terlalu leka dengan kerja-kerja kamu itu, kesihatan diri pula yang terabai.

DARAH B
Sempoi! Itulah ungkapan yang paling rapat dengan mu. Kamu lebih selesa
dengan kesederhanaan. Dalam perhubungan pula kamu adalah individu yang
terlalu jujur dan lebih gemar berterus terang dalam apa jua perkara. Dalam
melaksanakan sesuatu tugasan yang diberikan, kamu lebih gemar
melaksanakannya dengan cara kamu sendiri. Kamu adalah individu yang kreatif
dan fleksibel, mudah bagi diri kamu untuk meletakkan diri sendiri dalam apa
jua situasi mahupun kelompok golongan tertentu.
Kamu adalah individu yang bijak bersosial. Namun ada kalanya sikap kamu yang
gemar berdikari dan tidak gemar meminta bantuan orang lain itu, mampu
mendatangkan masalah buat diri mu dan sekali gus memperlihatkan kelemahan
pada diri sendiri. Kamu harus ingat bahawa, tidak semua perkara kita boleh
menyelesaikannya secara bersendirian.

DARAH AB
Tenang dan bijak mengawal emosi, itulah keperibadian yang jelas terpancar
dalam diri individu yang tergolong dalam kategori darah berjenis AB ini.
Kamu juga sentiasa menghormati orang lain dan ini menjadikan individu yang
berada di sekeliling mu berasa selesa untuk berdampingan dengan mu. Kamu
juga memiliki sikap humor semula jadi dalam diri dan sentiasa bersikap
menghiburkan dan ceria.
Namun ada satu perkara yang harus kamu perbaiki dalam diri kamu itu. Kamu
perlu lebih bijak dan berani untuk membuat keputusan sendiri. Jangan biarkan
orang lain membuat keputusan untuk diri kamu sendiri.

0 comments: